12/05/2012

F M



 
Hari ni mummy Dayyan nak bercerita tentang  susu untuk anak iaitu formula milk (FM). Bukannya radio hot.fm ka..hitz.fm ka ok..hihi..

Seperti kita semua tau breastmilk is the ‘bestest’ to your baby. Aku selalu gak godek-godek Kumpulan Ibu Menyusukan Anak kat FB eventhough aku tak praktikkan pon. Huwaaa.. jelessss hokkayy…


Aku breastfeed Dayyan until 3 bulan ja kot..tu pun ‘pump’. Sbb hanya 2 minggu pertama saja Dayyan nak direct feed then dia refuse even aku try pujuk dia. Sob3… So, my breastmilk (BM) pun dah kureng dan kureng dan kurenggg lalu dah xda.. huhuhuu


 

Walaupun dalam tempoh 3 bln tu aku bg BM tp still jugak campur formula milk (FM) sbb my BM xcukup. Masa awal tu, kami bagi S26 Gold. Sekotak 650g berharga RM60.00 kot time tu. 1st 2 weeks minum susu ni ok tapi lepas tu stool dia keras. 


 
So kami tukar ke Anmum Step 1. Sekotak RM45.00. Beli yg kotak lagi jimat dari beli dalam tin kekdahnya.. nnt bubuh ja dalam Tupperware.. hihi.. Dia minum Anmum  (campur dgn BM gak) sampai 3 bulan pastu stool dia mengeras pulak dah. Time ni mcm2 susu kami tukar semua xsesuai. Ke klinik pun dah pegi. Doc bg glucalose utk campur dgn susu tp larat la nak pakai ubat ni sentiasa kann. 

 
Kami ada try Frisolac Comfort. RM26.90/tin-400 gram. Dayyan poopoo mmg elok bila minum susu ni. Tapi susu ni mmg khas untuk sembelit & muntah2 sahaja. Bila dah okay kena minum susu biasa.



 
Then kami bg Dayyan minum Enfalac A+. 1 tin (900g) berharga RM90.00 manakala 1 kotak (650g) berharga RM63.00 (ni harga paling murah la aku penah dpt.. kedai lain kebanyakannya RM65.00-71.00). Alhamdulillah Dayyan minum susu ni sgt ok… xda masalah sembelit  lagi. Akan tetapi.. bila Dayyan masuk 1 thn means Dayyan kena tukar susu sbb Enfalac A+ just for  0-12months. 

So we all decide tukar ke Anfapro A+ untuk 6-18bulan. Tapi bila Dayyan minum susu ni.. stool Dayyan keras jugak.  Alahaiii… Pastu try pulak tukar ke Enfagrow A+ (dah nak line ENFA gakkan…) tp still gak Dayyan sembelit. Siap berdarah-darah lg. Sian anak mummy… waaaa..


 
Skang ni, kami try SNOW Brand NEOKID Step 3.. RM50.00/tin (900g). Kira okla..masalah sembelit Dayyan pun dah setel buat masa ni. Alhamdulillah.. Sian Dayyan.. mcm2 ‘dugaan’ dia alami. Dgn asthma laa… sembelit la..


Kesimpulannya, minum susu ibu paling baguih. Save budget n good for health (errr mcm xkena mengena ja kesimpulan ngan story aku..hehehehe)

 ok bye









No comments:

Post a Comment